Followers

Google+ Followers

Sunday, 23 June 2013

Sakit kuning dikalangan bayi






Neonatal jaundice adalah keadaan yang sangat kerap berlaku pada bayi yang baru lahir. Dianggarkan lebih daripada 50% bayi mengalami keadaan ini. 'Jaune' dalam bahasa Perancis bermakna kuning.



Tanda-tanda

Sakit kuning ini dapat dilihat tanda-tandanya dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning. Selain daripada itu, mata putih bayi kelihatan agak kuning juga. Selalunya ia bermula pada hari kedua dan ketiga dan menjadi paling buruk pada hari keempat. Kebanyakannya hilang dalam masa sepuluh hari.



Kenapa ini berlaku

Sakit kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin. Bilirubin berwarna kuning.

Semasa dalam kandungan, bahan kumuhan bayi dibuang melalui placenta (tali perut). Setelah seseorang bayi itu dilahirkan, fungsi-fungi badannya bergantung kepada hati (liver) bayi tersebut. Hati penting untuk membuang bahan-bahan toksik, kumuhan dsb. Hati bayi yang baru lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu, pembuangan bilirubin tidak secekap orang yang sudah besar. Hasilnya, bilirubin ini berkumpul di dalam badan bayi dan inilah yang menyebabkan sakit kuning ini.



Adakah ia merbahaya

Selalunya keadaan ini tidak merbahaya dan ia akan sembuh. Bagaimanapun sekiranya ia semakin teruk atau tidak sembuh, rawatan lanjut adalah diperlukan segera. Ia dapat dikenalpasti sekiranya warna kuning kulit tidak baik selepas beberapa hari atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah bila sakit kuning ini semakin merebak dari bahagian kepala ke bahagian-bahagian badan yang lain.

Ini mungkin terjadi bila bilirubin semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan lambat. Sekiranya ini terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak.



perkara-perkara lain



  • Bayi yang disusukan berkemungkinan mendapat sakit kuning. Ia dipanggil Breast Milk Jaundice dan berlaku dalam 1 hingga 2% bayi sahaja. Breast Milk Jaundice bermula agak lewat iaitu lebih kurang pada hari kelima kelahiran dan ia boleh menjangkau sehingga enam minggu. Antara yang boleh dilakukan ialah penyusuan diberhentikan untuk beberapa hari. Pemberian susu formula atau susu kambing (dalam masyarakat Melayu) menyebabkan sakit kuning ini sembuh dengan cepat. Bagaimanapun, keadaan bayi yang memerlukan pemakanan yang sepatutnya pada saat awal kelahiran harus dipertimbangkan sebelum pemberhentian susu badan dilakukan. Sekiranya anda dinasihatkan melakukannya, anda digalakkan menggunakan breast pump pada hari-hari anda tidak menyusukan bayi tersebut - ini adalah untuk mengekalkan ransangan pada buah dada dan pengeluaran susu. Pemberian susu menyebabkan bayi lebih banyak membuang air dan ini boleh membantu menyingkirkan bilirubin di dalam badannya. Meconium, iaitu najis bayi yang mula-mula keluarkan mengandungi banyak bilirubin. Pembuangan air yang kerap bermakna lebih banyak bilirubin dibuang dan ini bermakna kemungkinan untuk bayi mendapat sakit kuning adalah lebih kurang. Bayi yang diberi susu ibu sekurang-kurangnya lapan kali sehari lebih jarang menghidap sakit kuning.



  • Neonatal jaundice disebabkan oleh hati yang tidak boleh memproses pembuangan bilirubin di dalam badan, dan bukannya kerana jangkitan kuman atau virus hepatitis dsb. Oleh itu, kenyataan yang mengatakan bahawa susu mengandungi kolestrum yang meningkatkan daya tahan sakit (immuniti) adalah tidak berkaitan.



  • Tidak ada langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu semasa mengandung atau selepas sahaja melahirkan anak yang boleh menghalang kejadian jaundice ini.



  • Sinaran UV di dalam cahaya matahari (pagi dan petang semasa matahari tidak terik) membantu penukaran bilirubin kepada bahan yang boleh larut di dalam air. Bahan ini kemudiannya dengan mudah dibuang melalui air kencing dan najis besar bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi hendaklah tidak didedahkan pada jangka waktu yang panjang kerana kulitnya yang nipis dan sensitif. Selain daripada itu, phototherapy juga boleh dijalankan. Bayi perlu diletakkan dalam bilik yang agak terang.



  • Pemberian ubat, herba dan sebagainya tidak dibenarkan. Ini kerana hati bayi yang mengalami jaundice masing belum matang dan tidak berupaya memproses ubat atau herba yang diberi. Sebaliknya ia mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.



  • Pathological Jaundice adalah keadaan di mana sakit kuning ini disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu seperti jenis darah ABO atau Rhesus yang tidak serasi, jangkitan, sakit hati (liver damage) dan sebagainy. Oleh itu adalah penting rawatan lanjut dibuat sekiranya sakit kuning tidak sembuh dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.



sumber: farmasianis

No comments:

Post a Comment